Allahumma inni 'auzubika minal hammi walhazan


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, March 28, 2009

KaDaNG KaLa CiNtA ItU MeNyAkItKan


Hari nie sekali lagi aku dilanda masalah.Benarkah cinta kadang kala menyakitkan?Dan sering kali aku tertanya2 apa itu cinta,dan apa maksud sebenarnya cinta?Dan sambil aku termenung aku temui jawapan yg sebenar tentang persoalan aku tadi.. Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Cinta ini tak semuanya indah. Dan kita perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.Dan apa yang utama sekali cinta kepada allah itu penting,dan tak akan pernah terpadam dari dalam hati ku sampai bila-bila......

luahan hati ku(shazreen arif 10:41:23 -28/03/2009)


1 comment:

  1. Cinta itu subjektif... ada segalanya... pedih gembira, suka duka... sebagai manusia jangan dilalaikan cinta... utamakan kemajuan diri kerana cinta pada Allah itu cinta hakiki :)

    ReplyDelete